Sambutan Hari Kebangsaan 2025
23 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Ogos 2025, telah berlangsung Program Sambutan Hari Kebangsaan di Perpustakaan Desa Tambun Tulang bersama 12 orang pelajar Tadika Al-Istiqamah Tambun Tulang.
Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan antaranya menyanyikan lagu Negaraku, lagu patriotik, serta lagu khas kemerdekaan. Murid juga mengambil bahagian dalam aktiviti mewarna bendera Malaysia Madani, peragaan pakaian bertemakan Merdeka sambil mendeklamasikan sajak, sebelum majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.
Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, malah memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai erti kemerdekaan dan kecintaan kepada tanah air. Penglibatan NADI dalam program ini turut memberi manfaat besar dengan memperkukuh peranan sebagai rakan komuniti yang aktif, selain mendekatkan organisasi dengan masyarakat setempat melalui aktiviti berunsurkan pendidikan, kebudayaan dan nilai patriotik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: